Tuesday, March 23, 2010

Balik Kampung

tengah dok berpeluh menggiling inai

pokok durian kat kebun Abah.

koewteow hailam kedai Tok Wan... sedap...

Happy dapat makan dalam jamban

anak burung tengah belajar terbang...

Seminggu di Muar... huh! puas hati. Budak-budak pun happy, yang penting Mama & Abah pun happy sebab cucu balik meramaikan suasana. Masa bejalan pantas, 9 hari di Muar tak terasa....
Seronok sebab dapat bawak Mama & Abah gi ronda-ronda and gi makan-makan.

Dapat jugak bawak the girls lepak kat kebun. Berpeluh-peluh diorang... tak apa, janji seronok... macam-mcam 'first time' diorang jumpa kat situ... first time petik buah ciku and buah limau...

Paling best dapat gi breakfast sate perut n mee rebus.... peerrghhh!!!! 2 kali pulak tu!!!! sedap gile... first time pergi Girl makan sate saja... 16 cucuk dia pulun sorang, boleh tahan jugak anak dara ni makan sate. Second time pergi baru la dia nak perasan ke makanan lain, order roti bakar 2 set, habis kat dia sorang saja.... intan dapat la merasa setengah keping...

Tak lupa jugak, bawak the girls ngan Mama gi makan kedai Tok Wan... dah 11 tahun tak gi makan kat sana... the food still macam dulu... Koewteow hailam dia the best, chicken chop ada sunny side-up... nyum!nyum! Kat sini makan dalam 'Jamban'.... in term yang digunakan oleh Abang An..hehehehe....

Hari Rabu bawak the girls pergi tengok Pasa Lambak... terkejut diorang sebab pasar lambak tu macam pasar malam.... sebenarnya memang pasar malam pun, cuma orang Muar panggil pasar Lambak...

Girl dapat experienced baru, giling inai... baru dia tahu betapa penatnya nak menggiling.... sekarang semua masuk blender, tekan satu butang dah siap....

Tiga hari tiga malam kitaorang kena duduk berkampung kat porch depan rumah, sebabnya orang pecahkan toilet belakang... kitaorang share adik-beradik betulkan toilet rumah Mama & Abah yang dah menjangkau 30 tahun tu... So, disebabkan habuknya yang tak terhingga, terpaksalah makan kat depan rumah.... Pak Mat datang rumah pun tak ajak masuk dalam, layan kat porch tu sajalah...

Minggu tu jugak dapat berita yang nak dapat Uncle Baru... Selamat Pengantin Baru untuk Mak Uda n Cikgu Husin..... Moga berbahagia selalu.... uncle baru ni dulu cikgu tuition Ayang, Intan & Boy, sekarang jadi Uncle.... hehehehe... tu lah kita tak tahu apa nak jadi di masa hadapan kan....

Walaupun seronok dan enjoy balik Muar, tapi tak syok sebab rindu kat Nana..... semiggu tak jumpa, resah dan gelisah.... kesimpulannya memang tak boleh jauh-jauh dengan Nana....




1 comment:

Rizal said...

muar is lovely!